Tuesday, 10 November 2015

SIFAT WAJIB BAGI ALLAH





 MARI MENGENAL SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT


Sifat Allah ade 3 iaitu
  • Sifat Wajib - iaitu sifat kesempurnaan yang pasti dimiliki oleh Allah SWT.Sifat ini ada 13 kesemuanya
  • Sifat Mustahil - iaitu sifat yang tidak mungkin atau mustahil ada pada Allah SWT.Sfat ini merupakan lawan bagi sifat yang wajib
  • Sifat Jaiz - iaitu sifat mugkin bagi Allah SWT untuk berbuat atau tidak berbuat sesuatu.Sifat ini hanya satu iaitu harus bagi Allah SWT untuk berbuat atau tidak menurut kehendaknya,seperti menciptakan jenis pepohonan,jenis binatang dan sebagainya.


SIFAT  WAJIB BAGI ALLAH






Semoga bermanfaat...

KESAYANGANKU....

Assalamualaikum dan selamat malam....

Pernah tak kawan-kawan dengar lagu  "Wajah kesayangan Hamba " dendangan penyanyi Uji Rashid & Hail Amir ? Saya sangat sukakan lagu itu...Ia memberi seribu nostalgia dalam hidup ini.
Dalam dunia yang sangat mencabar ini...sangat sukar bagi ibubapa seperti saya membesarkan anak-anak.Dugaan dan cabaran anak-anak zaman Y ini sangat menakutkan.Pelbagai kejadian & peristiwa berlaku saban hari yang melibatkan anak-anak.Antaranya kejadian culik,hilang,lari dari rumah,dibunuh,dirogol,didera dan sebagainya.
Sebagai ibu...saya cukup risaukan kedua-dua permata hati saya.Kedua-duanya perempuan dan yang sulung akan menginjak ke alam remaja.Setiap hari doa dipohon agar anak-anakku menjadi insan solehah dan sentiasa didalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Untuk itu saya dedikasikan bingkisan ini untuk tatapan semua.Saksikanlah wajah-wajah kesayangan hamba.Thank you for being part of my life...So great & meaningful.



Semoga kalian terhibur....



Monday, 9 November 2015

KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.

Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makananpakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakitkelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasastatus, dan kekayaan


KEBAHAGIAAN MENURUT SAIDINA ALI R.A

                                         


CERITA NABI.....

Assalamualaikum....
Hari ni saya dan anak-anak bercuti sempena Deepavali 2015..Dalam fikiran memang nak berehat sepuasnya.Namun tiba-tiba tergerak hati untuk berkemas semua buku-buku yg banyak dalam rumah ni.Saat mengemas,saya terbaca satu buku cerita kisah Nabi dan Rasul kepunyaan anak.Cerita ini saya anggap sangat menarik..Saya kongsikan bersama dengan kawan-kawan.Jom,,ketahui cerita selanjutnya.
Ilustrasi sahaja

                                              Nabi Yahya a.s & Raja Herodus

Cerita ini mengisahkan tentang seorang raja bernama Herodus,seorang Penguasa Palestin yang mencintai anak saudaranya sendiri bernama Herodia.Hirodus hidup pada zaman Nabi Yahya a.s.
Herodia pula seorang gadis yang sangat cantik dan ayu jelita.Dia juga berhasrat mengahwini Herodus dan ibunnya serta seluruh anggota keluarganya juga bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

Ilustrasi sahaja
Namun,Nabi Yahya a.s menentangnya kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seseorang mengahwini anak saudara sendiri.Ini menyebabkan Herodia berasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya a.s yang mengeluarkan fatwa itu.

Lantas..Herodia tidak berdiam diri dan berusaha untuk mempengaruhi bapa saudaranya Herodus untuk membunuh Nabi Yahya a.s.Herodia menggunakan kecantikkannya untuk mempengaruhi bapa saudaranya yang pada saat itu   sedang mabuk asmara sambil meminum khamr (arak).

Akhirnya hasrat Herodia membalas dendam tercapai.Nabi Yahya a.s dibunuh dan kepalanya dipenggal, Lalu diletakkan dihadapannya sebagai tanda cinta dan sayang Herodus kepadanya.Situasi tiu membuatkan Herodia tersenyum sebagai tanda gembira dan berpuas hati.

Walaubagaimanapun,Allah SWT pasti akan menurunkan bala bukan sahaja kepada Herodia malahan raja dan Bani Israel seluruhnya...Begitulah kisah perjuangan Nabi Yahya dalam memperkembangkan syariat Islam.Nabi Yayha a.s dibunuh kejam hanya kerana mengatakan kebenaran...Allahu Akbar...

Terdapat iktibar yang besar dan jelas melalui kisah ini :

  1. Berani mengatakan yang benar walaupun menghadapi risiko ancaman bunuh.
  2. Jangan menggunakan kecantikan diri kepada perkara yang keji dan mungkar.
  3. Arak iaitu  "ibu segala kejahatan" hendaklah dijauhi,kerana dengannya manusia boleh bertindak diluar batas akal seperti membunuh,berzina dan sebagainya. 
  4. Janji Allah itu pasti.Segala kemungkaran akan dibalas setimpal dengan perlakuan.
Semoga bermanfaat dan dapat menambah ilmu.Andai ada kekurangan maafkan saya...Jumpa lagi dilain masa...Allahu A'lam...Sekian