Monday, 9 November 2015

CERITA NABI.....

Assalamualaikum....
Hari ni saya dan anak-anak bercuti sempena Deepavali 2015..Dalam fikiran memang nak berehat sepuasnya.Namun tiba-tiba tergerak hati untuk berkemas semua buku-buku yg banyak dalam rumah ni.Saat mengemas,saya terbaca satu buku cerita kisah Nabi dan Rasul kepunyaan anak.Cerita ini saya anggap sangat menarik..Saya kongsikan bersama dengan kawan-kawan.Jom,,ketahui cerita selanjutnya.
Ilustrasi sahaja

                                              Nabi Yahya a.s & Raja Herodus

Cerita ini mengisahkan tentang seorang raja bernama Herodus,seorang Penguasa Palestin yang mencintai anak saudaranya sendiri bernama Herodia.Hirodus hidup pada zaman Nabi Yahya a.s.
Herodia pula seorang gadis yang sangat cantik dan ayu jelita.Dia juga berhasrat mengahwini Herodus dan ibunnya serta seluruh anggota keluarganya juga bersetuju dengan perkahwinan tersebut.

Ilustrasi sahaja
Namun,Nabi Yahya a.s menentangnya kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seseorang mengahwini anak saudara sendiri.Ini menyebabkan Herodia berasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya a.s yang mengeluarkan fatwa itu.

Lantas..Herodia tidak berdiam diri dan berusaha untuk mempengaruhi bapa saudaranya Herodus untuk membunuh Nabi Yahya a.s.Herodia menggunakan kecantikkannya untuk mempengaruhi bapa saudaranya yang pada saat itu   sedang mabuk asmara sambil meminum khamr (arak).

Akhirnya hasrat Herodia membalas dendam tercapai.Nabi Yahya a.s dibunuh dan kepalanya dipenggal, Lalu diletakkan dihadapannya sebagai tanda cinta dan sayang Herodus kepadanya.Situasi tiu membuatkan Herodia tersenyum sebagai tanda gembira dan berpuas hati.

Walaubagaimanapun,Allah SWT pasti akan menurunkan bala bukan sahaja kepada Herodia malahan raja dan Bani Israel seluruhnya...Begitulah kisah perjuangan Nabi Yahya dalam memperkembangkan syariat Islam.Nabi Yayha a.s dibunuh kejam hanya kerana mengatakan kebenaran...Allahu Akbar...

Terdapat iktibar yang besar dan jelas melalui kisah ini :

  1. Berani mengatakan yang benar walaupun menghadapi risiko ancaman bunuh.
  2. Jangan menggunakan kecantikan diri kepada perkara yang keji dan mungkar.
  3. Arak iaitu  "ibu segala kejahatan" hendaklah dijauhi,kerana dengannya manusia boleh bertindak diluar batas akal seperti membunuh,berzina dan sebagainya. 
  4. Janji Allah itu pasti.Segala kemungkaran akan dibalas setimpal dengan perlakuan.
Semoga bermanfaat dan dapat menambah ilmu.Andai ada kekurangan maafkan saya...Jumpa lagi dilain masa...Allahu A'lam...Sekian


3 comments:

  1. Terbaik... Perkongsian yang sangat berguna

    ReplyDelete
  2. banyak lagi kene belajar ni...nnti tolong ajarkan akk tau...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete