Kebahagiaan ialah
suatu keadaan perasaan aman
damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan.
Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang
khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti
kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua
perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan
seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut
peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya
bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia.
Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau
tidak.
Pengertian
kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia
kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana,
terelak daripada penyakit, kelaparan,
dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak
bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan
senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status,
dan kekayaan
KEBAHAGIAAN MENURUT SAIDINA ALI R.A
Untuk yang bakal mendirikan rumahtangga dan yang sudahpun berumahtangga..semoga bahagia itu menjadi milik kita selamanya ....ini doa untuk kalian & untuku juga,hehehehe
Dengarkan Video ini...sangat bermanfaat doa yang ada didalamnya...Enjoyy
"Barakallah hu lakum Wa lana "...Sekian



semoga dapat dimanfaatkan bersama
ReplyDeletetq ats perkogsian...
ReplyDelete